alahai sweet 17
seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17
nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama
akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak
kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan
jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju
baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama
belikan.
Maka tibalah harijadinya yang ke-17
itu, berpestalah dirumahnya, kawan-
kawannya sudah datang, anak itu
memakai baju barunya dan kembali
bertanya pada mamanya.
Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick
tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi
ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam
hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh
adakan pesta, kamu boleh menjemput
rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai
baju pink baru itu, tapi kamu tidak
boleh pakai lipstick!
Anak : Alaaaa ....boleh la mama.........,
please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak
mahu berkompromi... TIDAK BOLEH,
kamukan Lelaki
No comments:
Post a Comment