Sunday, November 20, 2011

CinTA

Cinta... ♥
Ungkapan yang nampak
cantik dan indah,
Madah yang diungkapkan
tatkala hati bersulam
suka dan sayang,
Rijal dan nisa' berebut-
rebut untuk
mendapatkan cinta,
Yang kadang-kadang tak
pasti akibatnya.
Aku benci

cinta... ♥
Kerana cinta aku lalai,
kerana cinta aku leka,
Kerana cinta aku alpa
dengan dunia,
Kerana cinta aku
semakin jauh dengan
Tuhan yang
menciptakanku,
Kerana cinta aku hampir
ke alam perzinaan,
Kerana cinta juga aku
hampir tersungkur
menyembah bumi,
Kerana cinta aku lupa
Akhirat.

Cinta... ♥
Kau sangat merbahaya,
Membawa ke alam
kemaksiatan,
Dunia yang penuh noda
dan dosa.

Kini aku menyesal,
Cinta yang ku cari
selama ini ibarat bunga,
Yang akhirnya akan layu
dan jatuh ke tanah jua,
Hanya cinta kepada Allah
itu yang abadi
selamanya.

Cinta... ♥
Selamat tinggal sebelum
membina Baitul Muslim,
Selamat datang selepas
membina rumahtangga,
Selamat tinggal cinta
yang penuh noda,
Selamat tinggal..

No comments:

Post a Comment